Keputusan:
Setelah dikaji beberapa kitab Feqah dalam Mazhab Syafie dan juga fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Mufti Kelantan beberapa ketika yang lalu, masalah yang berbangkit itu dapatlah disimpulkan seperti berikut:
(i) Menjual kura-kura kerana semata-mata tubuhnya atau dagingnya untuk dimakan atau lainnya yang tidak mendatangkan faedah menurut syarak kepada orang Islam atau bukan Islam adalah haram.